Monday, March 2, 2020

Permulaan hidup sebagai prasiswazah

Pada tarikh keramat 2 September 2019, bermulalah kisah hidupku sebagai prasiswazah. Hati ini amat berat untuk berjauhan keluarga tercinta tetapi demi segulung ijazah (inshallah) aku relakan.

Hai Assalamualaikum korang.. Nama aku mahirah. Aku budak tahun 1 dekat UKM ni..Kira junior lahh heheheh..Korang mesti menghayati giler enn baca perenggan pertama aku kan hahahhaha .Puitis bakhang. Secara jujurnya ni kali pertama aku cuba belajar tulis blog. Jadi untuk blog yang pertama ni aku nak dedikasikan tentang kehidupan aku sepanjang minggu MMM ( minggu mesra mahasiswa). Nama dia je mesra tapi tak mesra pon hahahah. Okay gurau2....

Okay untuk dijadikan cerita aku masuk UKM pada tanggal 2 September 2019 (sebab tu lah panggil tarikh keramat).. First time masuk tu aku tak tau kenapa aku tak rasa teruja langsung... Tapi aku nampak keterujaan mak dan ayah aku... Sebab nilah kali pertama diorang hantar anak diorang ke Universiti..Walaupun dalam hati aku ni rasa sedih gila nak duduk sini tapi sebabkan diorang aku usaha jugak la untuk gembira.. Masa tu dalam kepala otak aku cuma ada perkataan nak balik. Aku cuba la nak pujuk hati aku untuk gembira datang sini tapi tak boleh weh😭😭.. Kau bayangkan lahh wehh hampir sepanjang 19 tahun aku hidup ni lah kali pertama aku berjauhan dengan jarak yang paling jauh dengan mak ayah aku. 2 negeri pisahkan kitorang weh...Dulu masa belajar matrikulasi perak merasa la jugak balik 2 minggu sekali tapi sekarang 2 bulan sekali je mampu..Tapi takpa lah sebab aku percaya setiap kejayaan perlukan pengorbanan💪..#sisredha hahahha..

Tutup pasal cerita sedih2 tu..meh aku cerita pasal minggu MMM tu apa. Minggu MMM adalah minggu untuk menyesuaikan para pelajar baru dengan persekitaran UKM dan program  ni dikendalikan oleh senior-senior kolej. Kat UKM ni banyak giler kolej contohnya Kolej Dato onn,Aminuddin Baki dan banyak lagi...Tapi korang tau takk Kolej Ungku Omar sangat bertuah sebab aku jadi salah seorang penghuni dia heheh😅😅 (tiberrr)..Dan sepanjang aku ada dekat UKM ni kan aku perasan satu benda.. Setiap orang dalam UKM ni kan dia punya semangat kolej tu sangat menebal.. Setiap kali jumpa kawan baru je mesti tanya "kau kolej mana weh" .kau akan rasa ada jurang antara setiap kolej. Aku time tu macam terkena renjatan  budaya jugak lah hahhaha..  okay berbalik kepada MMM tu (bukan skim cepata kaya tau).Prog ni dijalankan selama 5 hari dari isnin hingga lah jumaat.. Sepanjang program ni sejujurnya aku rasa tak berapa seronok mungkin disebabkan aku punya homesick atau aku tak suka benda yang rushing. Yela cuba kau bayangkan pukul 5 pagi dah kena tuggu kat foyer pastu diorang bagi balik bilik pukul 12 malam..mana aku tak hangin hahah tapi biasalahkan first week ..diorang pon kena ikut masa yang diorang rancang gak enn..So dalam kes ni tak dak siapa salah heheheh..

Okay dalam 5 hari MMM kitorang dibagi group dan setiap group ada sorang pc (senior) yang jaga..Sepanjang minggu MMM tu kan aku rasa akulah orang yang paling pasif..Nak tau tak kenapa aku jadi pasif time tu???Sebab aku rasa aku nak balikkk huwaa setiap hari aku akan chat mak dan ayah aku untuk ambbik aku balik rumah tapi diorang akan pujuk untuk aku duduk sini..Sampai ayah aku risau sangat time tu..Disebabkan tu jugak, aku rasa tak nak kawan dengan sesapa, aku malas nak ikut apa yang senior cakap tapi endup aku ikut gak takut ahh nnti depa panggil aku duk depan..aku tengok orang lain happy je tapi aku huh..aku rasa semua benda aku buat sebab terpaksa dan benda yang paling aku bosan adalah part taklimat sebab aku malas nak dengar ahhahha..Sepanjang taklimat aku main fon je la tapi masa pengetua bagi taklimat aku dengar sebab orangnya garang tak nak aku amik risiko hahahah..Lepas dah 2 3 hari baru lah aku rasa emosi aku stabil sikit tapi aku still lagi tak berapa nak ngam dengan group member MMM aku..mungkin belum sampai lagi aura tu kot..😂😂

Sepanjang MMM tu aktiviti yang aku paling ingat senamrobik, pastu kitorang gi bersihkan sebuah sekolah dekat area Bangi dan lawan sorak bagi setiap kolej dekat DECTAR. Lawan sorak tulah yang meyebabkan aku perasan semangat kolej dekat UKM ni macam wauu giler .Pastu enn kitorang lagi kenal budak kolej daripada budak fakulti...Kau tau tak dia punya sorakan tu Mashallah bole pecah gegendang telinga ni dengar..Semua pakat nak menang tapi bukan ada hadiah pon.. Pehtu senior suruh kitorang isi batu dalam botol la pehtu goncangkan dia..Serius gempak giler time tu..Masa tu aku confius aku ni dekat dewan ke padang bola sebab bahang dia serius cakap macam kau tengah sorak tengok bola..Korang bole banyangkan tak??? Tulah akitviti aku rasa yang paling aku enjoy.. Dalam minggu tu jugak kitorang dibawa ke fakulti masing2 lepastu ada Explore race..Aku rasa game tu best tapi maybe aku tak berminat sangat dan tak dengar sangat apa senior cakap kat depan jadi kumpulan aku tak menang lah.. hahhaahah


 #ni je gambar sepanjang minggu MMM tu.. gambar first dan second masa sorakan tu..gambar 3 tu taklimat citra dan subjek wajib


Haa sebelum aku terlupa senior kitorang ada buat makan malam sebelum habis minggu MMM tu.. Makan malam tu ringkas je tapi aku rasa sangat seronok sebab tak payah dah kena bangun 5 pagi  HAHAHAH..Senior siap nyanyi lagi tapi aku tak dengar sangat sebab bagi aku makan lagi penting kot hahahha..lepastu ada sesi fotografi, kitorang amik la gambar malangnya lepas amik gambar tu aku cepat cepat balik bilik sebab aku jenis tak suka bergambar ahahahah..Aku rasa teruk gile time tu tapi nak buat camne dah jadi dah pon. 

Kesimpualan yang aku dapat simpulkan dekat sini adalah kau kena gembira dan cuba untuk gembira dengan semua benda yang kau buat walaupun terpaksa .. Jangan jadi macam aku yang tak hargai semua kenangan tu disebabkan HOMESICK..itu buka alasan yeee.. Dan jika ada junior yang terbaca blog aku ni aku harap coretan aku ni mampu kenalkan korang serba sedikit tentang UKM..Segala salah silap dalam entry aku ni aku mohon maaf  ye🙏🙏Sampai sini saja cerotan aku kali ini 🙋..Assalamualaikum 















1 comment:

  1. Salam Mahirah,
    So homesick lagi tak ni? hopefully dah kurang skt ya.. u need to be strong ok.. on your content, good job for the 1st timer. i can feel how much u want to go back at that time hehe.. gambar ada, label ada. good job and keep it up!

    ReplyDelete