Thursday, May 21, 2020

I love working

Assalamualaikum and selamat petang guys..Sihat ke tu?? Petang2 gini buat apa? layan hindustan ke?? ke tengah nganyam ketupat (lagi 2 hari nak raya kan)..Okay harini aku nak cerita tentang pengalaman aku kerja..Aku suka giler kerja sebab dapat cari duit sendiri, pehtu jumpa kawan baru tapi agak penat la..Banyak benda yang aku belajar dari pengalaman bekerja yang aku tak pernah dapat..

Okay, untuk pengetahuan korang aku start kerja lepas abis matrik..masatu umur 19 tahun..aku keje dalam 5 bulan centu la..Ni first time aku kerja sebab lps SPM aku duduk dengan ayah aku kat Penang and dia tak bagi kerja..So kerja aku time tu makan, tido, layan korean movie hahah..Arghh seronoknya hidup macam dulu2 . Kornag nak tau aku kerja apa tak?? Okay actually aku kerja KFC sebab kakak aku yang recommend.. At first aku ingat kerja ni senang la..Tapiiiiiii nopeee yeee..Agak susah sebenarnya...Bukan susah macam belajar addmath tu smua tapi susah dari segi nak layan kerenah orang..series cakap memang kena kuat fizikal and mental..

Time aku masuk kerja tu aku diletakkan dekat department packer..Actually KFC ni dia ada 5 departments.. Cashier ( ofcoz jadi juruwang), packer (serve makanan customer), backup ( bahagian buat burger,masak fries, nuget and sejajar dengannya), cook ( tukang goreng ayam), csc ( skop kerja dia bahagian cleaning)..At first aku masuk kerja aku jadi packer sebab yang tu paling senang kan. Kalo letak aku bahagian backup/cook/cashier naya laaa..

First challenge yang aku hadap adalah kena layan kerenah pelanggan yang banyak bunyi HAHAH....contoh customer yang banyak bunyi which is customer yang nak ayam semua bahagian besar2..Lepas aku kerja baru aku faham perasaan jadi pekerja KFC..kalau la aku bole cakap dekat customer tu mcm ni 'sesungguhnya Allah cipta ayam bukan bahagian besar2 je .kan senang..tapi customer always right kan..huhuhu..Kami as pekerja always nak serve customer ikut apa yang diorang nak tapi masa yang sama kitorang kena ikut prosedur kerja..Contoh if customer order ayam 3 ketul kena bagi fair dua ketul kecil, 1 ketul lagi besar.. So that org lain tak dak la tinggal bahagian yang kecil2 je..

Second challenge yang aku hadap which is kena layan kerenah kawan sekerja..tempat kerja aku ni actually ramai orang yang berumur..Bila kerja dengan org yang berumur ni paham2 la ye.. kekadang kita rasa sesuatu bend atu okay, tapi bagi diorang tak huhuhu..So untuk pendekkan cerita pekakkan je la telinga ni..Ada sekali tu enn aku pernah nangis sebab kena marah tapi tak pe laa..

Overallnya, aku sangat minat kerja..walaupun bagi orang lain kerja aku ni tak da standard tapi dari situ la banyak benda aku belajar..haa lupa nak bgitau satu benda..selalunya kalo cuti sem aku kerja tau tapi kalini tak bole sebab PKP plus assignment bertimbun hahahahah..



ni kakak aku

ni pulak kawan2 kerja aku..diorang sangat baik๐Ÿ˜“rinduu uhuhu

Wednesday, May 13, 2020

Silat Cekak Hanafi

Assalamualaikum and salam Ramdhan untuk muslimin and muslimat..Pejam celik pejam celik lagi 9 hari je kita nak sambut hari raya kan??Arrghhh Tashabarnya heheh..Okay harini aku tak nak cerita pasal raya ke puasa ke tapi harini aku nak citer pasal citra yag aku penah ambil time Sem 1..Citra yang aku amik adalah Citra Silat Hanafi..Sejujurnya aku amik silat ni sebab time tu citra banyak dah penuh dan aku malas nak mohon citra manual..

Okay kelas citra ni ada setiap hari Isnin dan khamis pada pukul 9 malam..So selalunya aku akan gerak ke Pusan (sebab latihan dekat Pusan) ngan my bestfriend.. Selalunya kitorang akan jadi orang trlambat jugak la..sebab yang lain memang jenis mai awai pi kelas..siap solat isyak kat Pusan lagi..


Sebelum join kelas ni kan..kitorang kena amik ijazah asas dulu..sebenarnya dia ada peringkat asas, potong  and tamat.. dan masa ijazah tu kitorang akan diijazahkan oleh guru utama ( nama penuhnya Marwi bin Latif)If kita tak amik ijazah ni kan..kita tak dapat teruskan latihan untuk peringkat tu..Okay kornag mesti nak tau kan ijazah tu kena buat apa?Simpel je..unutk ijazah bagi asas kita kena salam dengan guru utama and kita kena pa guru utama cakap.Untuk gegirl jangan risau, bersalam tu akan ada lapik ye..Apa yang guru utama cakap? Aku tak berapa ingat tapi yang pastinya ada selawat and kita ada sebut syarat which is:

1. Jangan derhaka kepada guru

2. Jangan derhaka kepada ibu
3. Jangan derhaka kepada bapa
4. Jangan bergaduh sesama ahli
5. Tidak mencaci seni silat Melayu asli yang lain


Sepanjang kelas ni kan..Alhamdulillah banyak ilmu aku dapat..First dalam silat ni dia amat pentingkan ukhwah.Lepas je kelas kiornag semua akan bersalaman, berselawat and dari situ wujudnya silaturrahim antara kitorang..Senior2 nya jugak amat supportive giler.. Second,pergerakan dalam silat ni semua nya dari pergerakan silat kita sendiri..Maksudnya korang jangan risau la dari segi kepercayaan dalam ni..Plus untuk silat ni hanya untuk muslim sahaja... 

ni first latihan dekat padang..syiokk giler
Untuk peringkat asas ada 20 buah  and dalam 20 tu ada anak2 dia ye.buah yang kau paling ingat adalah buah asas pertama and buah selendang sebab 2 tu je yang aku selalu aku ingat..Bagi penilaian kitorang ada 2 penilaian which is 2 individu 1 by group..Memang rasa agak susah nak hafal setiap movement tapi kan mesti bolenya kalo hari 2 kita berlatih.. In sha allah.Okay sebagai keismpulannya,ilmu pertahanan diri ni sangat penting buat masa ni specially untuk kaum hawa sebab kita tak tau kan ancaman ada dimana-mana je..Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawat..Okay itu sahaja untuk harini, semoga kita semua di bawah lindungan ilahi dan mendapat barakah nya..




ni lepas perform utk karnival (lupa nama karnival tu) 



Thursday, May 7, 2020

Jom Puasa Sama2

Assalamualaikum dan salam ramadhan gaissssss....

I is rindu dgn blog ni..Hahhah...Okay so far canne dgn puasa korang??๐Ÿ‘€๐Ÿ‘€ Hopefully semua cool lagi yee..Jangan jadi GENG PLASTIK HITAM OKAYYYY!! Actually ni first time kita puasa keadaan yang sangat lain kan..Selalunya petang pergi bazaar, terawih kat surau la and so onn. Tapi Ramadhan kita kali ni kita diuji berkurung kat rumahh..Hurm..Nak buat canne uallsss.. Take it as positive side okayy..

Okay harini aku nak cerita or bagi sikit tips macam mana nak ajar adik /anak sedara kita berpuasa..Disebabkan aku ada adik kecil, so aku memang akan suruh n pantau adik aku puasa..macam mak aku dia x paksa sangat adik aku puasa sebab adik aku dulu time kecik dia ada sakit..Tapi aku memang agak strict sikit HAHHA..

So far dia dah pernah ponteng puasa 2 hari je.. tu pon sebab dia x sahur..Penat aku kejut dia sahur tapi haritu dia ngantuk gile so aku maafkan. Hahah..Tapi time dia x puasa tu aku merajuk jugak la dengan dia๐Ÿ˜†๐Ÿ˜…Jenis budak ni if aku merajuk dengan dia mula la x senang duduk.Okay cara first aku umpan dia adalah aku bagi upah hahah..Sehari RM1..Cara ni actually agak berkesan bagi adik aku sebba dia suka menabung..Hehhe..Tapi tak semestinya benda ni berkesan dekat semua budak ye..iF budak tu jenis memang kuat makan, agak susah sikit nak train..heheh..Cara dua aku akan bagi adik aku main game..Tak puasa takde game hahaha..and seharian tu jugak macam aku cakap aku akan acah2 merajuk..Part paling best bila aku start merajuk dia akan datang kat aku and peluk aku.Pehtu beria janji nka puasa esok la apa laa..

Last way yang aku akan buat adalah aku akan psycho dia..Contoh, pukul satu dia akan start cakap yang dia lapar..Cara kau pyscho dia adalah aku akan cakap kat dia " adik, sekejap je lagi kita nak buak ye"..Pehtu time tu kau kena jaga mood dia...jangan bagi dia spoil okay..Nnti hancuss puasa dia..HAHAH..Cara nak jaga mood dia,offer game je ..senang citer hahaha..By the way,umur adik aku ni 8 tahun..Dh besar baru nak train hahah..Nasib baik senang..Lastly apa yang aku buat adalah time buka aku akan layan dia macam princess and puji dia..Baru la semangat bebudak ni..Okay tu je..Aku dah terlampau kekeringan idea..Stay Safe And sama2 kita perbaiki diri kita ye๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’



Nama dia Madihah sbb mak aku minat NIK NUR MADIHAH..Ni gambar first day puasa and muka tu ada senyum sebab dpaat makan HAHA