Thursday, June 4, 2020

nikah PKP

assalamualaikum gais..sebelum terlambat aku nak ucap selamat hari raya💦nanti aku post lemang HAHA ..jk je hehe..okay raya tahun ni simple2 je ekk HAHA..okay korang jangan terkejut tau sebab baca tajuk tu..bkn aku yang nikah😂kak aku yang nikah .okay sejujurnya aku sedih kak aku nak nikah Huhuh..selalunya kitorang jalan dedua tapi sebab kak aku dah nak nikah so mesti la dia kena fokus dekat laki dia huhuh😢

💓💓
okay macam korang tau kan PKP ni tak bole buat kenduri so kitorang tak de buat kenduri la..simple2 je..at first memang kitorang paln nak buat kenduri raya ke-3 ni tapi Allah lagi maha menegtahui en..korang tau tak sehari seminggu sebelum kak aku nikah, aku asyik sedih je weh..bukan aku tak happy dia nak kawin tapi hurmm susah la nak cakap perasaan tu😭aku sampai pernah menangis time solat and tak tegur dia weh sebab aku takut bila kitorang lagi rapat lagi susah kitorang nak berpisah😥

malam sebelum dia nikah aku pon try buat macam biasa la..sebab aku tau nanti lps dia kahwin nnti susah la aku nak jumpa dia..so malam tu kitorang pakai inai..muka senyum tapi hati hurm allah je tahu..Plus aku happy jugak kak aku dapat laki yang baik..sejak diorang kawan nampak kak aku semakin ke arah positif pehtu dia jenis peramah..so tak de la segan sangat nak bersembang

amik gambar pon tak center sorry ye.nikah PKP tak da photographer

Esoknya which is 26 mei 2020 kak aku pon sah jadi isteri orang dengan sekali lafaz..aku tak dak dekat tempat dia nikah sebab kena ikut SOP pejabat agama.So yang dapat ikut pergi tengok mak dan ayah aku je.Tapi nasib baik jugak aku tak pergi kalo tak mau teriak aku tang tu.😅..Alhamdulillah  aku happy kak aku dh jumpa pasangan..time  mak aku share gambar2 nikah tu aku rasa macam ya Allah tak sangkanya..Cepat je kitorang membesar...

ni gambar kak aku dengan mak ayah aku.so cute la mak ayah aku heheh..macam pengantin baru

ni gambar keluarga baru kak aku

Nikah PKP ni sedih siki..Yela dengan mak pak sedara tak mai..gambar kawin pon tak kemaih..Haih tapi tak pa la..yang penting hubungan tu HALAL..kalo nak tunggu PKP abis tak tau sampai bilanya bole nikah😂


btw sape nak beli MC ni bole roger ekk..rasa dia serius sedap😋..dak bohong (sempat promote HAHA)
aku tak jual barang yang aku rasa tak best ye..

Thursday, May 21, 2020

I love working

Assalamualaikum and selamat petang guys..Sihat ke tu?? Petang2 gini buat apa? layan hindustan ke?? ke tengah nganyam ketupat (lagi 2 hari nak raya kan)..Okay harini aku nak cerita tentang pengalaman aku kerja..Aku suka giler kerja sebab dapat cari duit sendiri, pehtu jumpa kawan baru tapi agak penat la..Banyak benda yang aku belajar dari pengalaman bekerja yang aku tak pernah dapat..

Okay, untuk pengetahuan korang aku start kerja lepas abis matrik..masatu umur 19 tahun..aku keje dalam 5 bulan centu la..Ni first time aku kerja sebab lps SPM aku duduk dengan ayah aku kat Penang and dia tak bagi kerja..So kerja aku time tu makan, tido, layan korean movie hahah..Arghh seronoknya hidup macam dulu2 . Kornag nak tau aku kerja apa tak?? Okay actually aku kerja KFC sebab kakak aku yang recommend.. At first aku ingat kerja ni senang la..Tapiiiiiii nopeee yeee..Agak susah sebenarnya...Bukan susah macam belajar addmath tu smua tapi susah dari segi nak layan kerenah orang..series cakap memang kena kuat fizikal and mental..

Time aku masuk kerja tu aku diletakkan dekat department packer..Actually KFC ni dia ada 5 departments.. Cashier ( ofcoz jadi juruwang), packer (serve makanan customer), backup ( bahagian buat burger,masak fries, nuget and sejajar dengannya), cook ( tukang goreng ayam), csc ( skop kerja dia bahagian cleaning)..At first aku masuk kerja aku jadi packer sebab yang tu paling senang kan. Kalo letak aku bahagian backup/cook/cashier naya laaa..

First challenge yang aku hadap adalah kena layan kerenah pelanggan yang banyak bunyi HAHAH....contoh customer yang banyak bunyi which is customer yang nak ayam semua bahagian besar2..Lepas aku kerja baru aku faham perasaan jadi pekerja KFC..kalau la aku bole cakap dekat customer tu mcm ni 'sesungguhnya Allah cipta ayam bukan bahagian besar2 je .kan senang..tapi customer always right kan..huhuhu..Kami as pekerja always nak serve customer ikut apa yang diorang nak tapi masa yang sama kitorang kena ikut prosedur kerja..Contoh if customer order ayam 3 ketul kena bagi fair dua ketul kecil, 1 ketul lagi besar.. So that org lain tak dak la tinggal bahagian yang kecil2 je..

Second challenge yang aku hadap which is kena layan kerenah kawan sekerja..tempat kerja aku ni actually ramai orang yang berumur..Bila kerja dengan org yang berumur ni paham2 la ye.. kekadang kita rasa sesuatu bend atu okay, tapi bagi diorang tak huhuhu..So untuk pendekkan cerita pekakkan je la telinga ni..Ada sekali tu enn aku pernah nangis sebab kena marah tapi tak pe laa..

Overallnya, aku sangat minat kerja..walaupun bagi orang lain kerja aku ni tak da standard tapi dari situ la banyak benda aku belajar..haa lupa nak bgitau satu benda..selalunya kalo cuti sem aku kerja tau tapi kalini tak bole sebab PKP plus assignment bertimbun hahahahah..



ni kakak aku

ni pulak kawan2 kerja aku..diorang sangat baik😓rinduu uhuhu

Wednesday, May 13, 2020

Silat Cekak Hanafi

Assalamualaikum and salam Ramdhan untuk muslimin and muslimat..Pejam celik pejam celik lagi 9 hari je kita nak sambut hari raya kan??Arrghhh Tashabarnya heheh..Okay harini aku tak nak cerita pasal raya ke puasa ke tapi harini aku nak citer pasal citra yag aku penah ambil time Sem 1..Citra yang aku amik adalah Citra Silat Hanafi..Sejujurnya aku amik silat ni sebab time tu citra banyak dah penuh dan aku malas nak mohon citra manual..

Okay kelas citra ni ada setiap hari Isnin dan khamis pada pukul 9 malam..So selalunya aku akan gerak ke Pusan (sebab latihan dekat Pusan) ngan my bestfriend.. Selalunya kitorang akan jadi orang trlambat jugak la..sebab yang lain memang jenis mai awai pi kelas..siap solat isyak kat Pusan lagi..


Sebelum join kelas ni kan..kitorang kena amik ijazah asas dulu..sebenarnya dia ada peringkat asas, potong  and tamat.. dan masa ijazah tu kitorang akan diijazahkan oleh guru utama ( nama penuhnya Marwi bin Latif)If kita tak amik ijazah ni kan..kita tak dapat teruskan latihan untuk peringkat tu..Okay kornag mesti nak tau kan ijazah tu kena buat apa?Simpel je..unutk ijazah bagi asas kita kena salam dengan guru utama and kita kena pa guru utama cakap.Untuk gegirl jangan risau, bersalam tu akan ada lapik ye..Apa yang guru utama cakap? Aku tak berapa ingat tapi yang pastinya ada selawat and kita ada sebut syarat which is:

1. Jangan derhaka kepada guru

2. Jangan derhaka kepada ibu
3. Jangan derhaka kepada bapa
4. Jangan bergaduh sesama ahli
5. Tidak mencaci seni silat Melayu asli yang lain


Sepanjang kelas ni kan..Alhamdulillah banyak ilmu aku dapat..First dalam silat ni dia amat pentingkan ukhwah.Lepas je kelas kiornag semua akan bersalaman, berselawat and dari situ wujudnya silaturrahim antara kitorang..Senior2 nya jugak amat supportive giler.. Second,pergerakan dalam silat ni semua nya dari pergerakan silat kita sendiri..Maksudnya korang jangan risau la dari segi kepercayaan dalam ni..Plus untuk silat ni hanya untuk muslim sahaja... 

ni first latihan dekat padang..syiokk giler
Untuk peringkat asas ada 20 buah  and dalam 20 tu ada anak2 dia ye.buah yang kau paling ingat adalah buah asas pertama and buah selendang sebab 2 tu je yang aku selalu aku ingat..Bagi penilaian kitorang ada 2 penilaian which is 2 individu 1 by group..Memang rasa agak susah nak hafal setiap movement tapi kan mesti bolenya kalo hari 2 kita berlatih.. In sha allah.Okay sebagai keismpulannya,ilmu pertahanan diri ni sangat penting buat masa ni specially untuk kaum hawa sebab kita tak tau kan ancaman ada dimana-mana je..Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawat..Okay itu sahaja untuk harini, semoga kita semua di bawah lindungan ilahi dan mendapat barakah nya..




ni lepas perform utk karnival (lupa nama karnival tu) 



Thursday, May 7, 2020

Jom Puasa Sama2

Assalamualaikum dan salam ramadhan gaissssss....

I is rindu dgn blog ni..Hahhah...Okay so far canne dgn puasa korang??👀👀 Hopefully semua cool lagi yee..Jangan jadi GENG PLASTIK HITAM OKAYYYY!! Actually ni first time kita puasa keadaan yang sangat lain kan..Selalunya petang pergi bazaar, terawih kat surau la and so onn. Tapi Ramadhan kita kali ni kita diuji berkurung kat rumahh..Hurm..Nak buat canne uallsss.. Take it as positive side okayy..

Okay harini aku nak cerita or bagi sikit tips macam mana nak ajar adik /anak sedara kita berpuasa..Disebabkan aku ada adik kecil, so aku memang akan suruh n pantau adik aku puasa..macam mak aku dia x paksa sangat adik aku puasa sebab adik aku dulu time kecik dia ada sakit..Tapi aku memang agak strict sikit HAHHA..

So far dia dah pernah ponteng puasa 2 hari je.. tu pon sebab dia x sahur..Penat aku kejut dia sahur tapi haritu dia ngantuk gile so aku maafkan. Hahah..Tapi time dia x puasa tu aku merajuk jugak la dengan dia😆😅Jenis budak ni if aku merajuk dengan dia mula la x senang duduk.Okay cara first aku umpan dia adalah aku bagi upah hahah..Sehari RM1..Cara ni actually agak berkesan bagi adik aku sebba dia suka menabung..Hehhe..Tapi tak semestinya benda ni berkesan dekat semua budak ye..iF budak tu jenis memang kuat makan, agak susah sikit nak train..heheh..Cara dua aku akan bagi adik aku main game..Tak puasa takde game hahaha..and seharian tu jugak macam aku cakap aku akan acah2 merajuk..Part paling best bila aku start merajuk dia akan datang kat aku and peluk aku.Pehtu beria janji nka puasa esok la apa laa..

Last way yang aku akan buat adalah aku akan psycho dia..Contoh, pukul satu dia akan start cakap yang dia lapar..Cara kau pyscho dia adalah aku akan cakap kat dia " adik, sekejap je lagi kita nak buak ye"..Pehtu time tu kau kena jaga mood dia...jangan bagi dia spoil okay..Nnti hancuss puasa dia..HAHAH..Cara nak jaga mood dia,offer game je ..senang citer hahaha..By the way,umur adik aku ni 8 tahun..Dh besar baru nak train hahah..Nasib baik senang..Lastly apa yang aku buat adalah time buka aku akan layan dia macam princess and puji dia..Baru la semangat bebudak ni..Okay tu je..Aku dah terlampau kekeringan idea..Stay Safe And sama2 kita perbaiki diri kita ye💓💓💝



Nama dia Madihah sbb mak aku minat NIK NUR MADIHAH..Ni gambar first day puasa and muka tu ada senyum sebab dpaat makan HAHA

Tuesday, April 28, 2020

Ma Passion 2

Assalamualaikum guys...okay harini aku nak share lagi resepi keropok lesong which is aku jarang jumpa kat negeri aku..and makanan ni memang femes dekat negeri pantai timur..Dulu selalunya kalo nak merasa keropok lesong ni mak aku kirim kat orang je tpi sekarang ni tak payah dah heheh..Cara nak buat pon tak renyah ..so shimple..Actually keropok lesong ni kan aku dah banyak kali dah buat and rasa dia MashaAllah sedap..kekadang tu buat 10 batang pon bole abis sehari..nampak tak betapa sedapnya..tapi jujur cakap tak delah se`perfect`orang pantai timur buat tapi ada la mirip rasa dia tu..So apa tunggu lagi meh aku share resepi yang semudah ABC tu..Gituchuu

Bahan-bahannya:

ikan ( sardin / termenung) 20 ekor
garam
tepung ubi 2 cawan

Cara-caranya:

1. Firstly, bersihkan ikan and ceraikan ikan dengan tulang dia( macam buat laksa tu tapi laksa kena rebus ikan tu dulu ,untuk keropok lesong tak payah ye)
2. Blender dengan garam and secukup rasa ( agak2 je meletak, jangan letak banyak sangat satgi botak kepala)
3. Seterusnya,kornag gaulkan isi ikan dengan tepung ubi  and jadikan doh
4. Uli doh memanjang mengikut saiz yang korang nak
5. Didihkan air bersama minyak satu sudu.then korang celur keropok lesong yang diuli tu sampai timbul
6. Toskan keropok lesong yang dah dicelur dan potong kecil2 ( bikut suka nak potong ke tak tapi kalo aku better potong kecil)
7. Siap untuk digoreng

gambar sebelum digoreng

selepas digoreng..potong kecik2 na takut nanti tercekik..hehe









SESUAI UNTUK DIJADIKAN MAKANAN SAMPINGAN KETIKA BERBUKA YE MEMMANDANGKAN BAZAR RAMADHAN TAK DE😁😁..SELAMAT MENCUBA 😋😋DAN SELAMAT BERBUKA

Thursday, April 23, 2020

Korang pernah ada experience handle program?

Assalamualaikum and hai guys..Harini aku nak story sikit pengalaman aku handle program kolej kat U aku..Apa program yang aku handle??Untuk pengetahuan korang setiap kolej dalam UKM  ada dinner kolej masing-masing dan  nama dia lain-lain .macam kolej aku nama dinner dia MAC stand for Majlis Apresasi Cemerlang..Unfotunately sepatutnya program ni berlaku 21 April 2020 ni tapi tak de rezeki untuk tahun ni.Tujuan utama aku handle program ni ofcoz sebab aku nak kumpul merit.sebab ramai senior cakap kalau handle program ini banyak merit and chance untuk stay kolej tu tinggi sikit..

Untuk join program ni selalunya kitorang kena isi google form then akan ada interview.Interview tu MEP kolej yang akan handle. Actually aku tak ingat pon yang aku pernah isi google form ni pehtu tiba2 MEP kelab aku send nama dan time untuk interview.Aku tak bukak pon tapi kawan aku yang bagitau sebab aku tak ingat pon aku isi..hehe..Dipendekkan cerita,nama aku ada and aku agak suprise jugak la..Aku pikir banyak kali samada nak pi ke tak interview tu..Endup aku pergi je la sebab nak ada pengalaman interview..Dalam kepala aku memang tak rasa pon yang aku dapat..sebab ramai lagi yang layak..Lepas seminggu,result keluar and nama aku ada weh..Aku dapat post Cenderamata..Time tu happy ada,takut ada sebab nak handle program ni kena banyak komitmen.
SEDIHNYA HUHU...

Sepanjang aku jadi AJK dalam event ni, banyak benda yang aku belajar..First, aku belajar macam mana nak cari dana untuk buat event..sebab sebelum ni dekat sekolah kalau nak buat event semua sekolah sponsor..tapi dekat U lain weh..Kitorang yang kena cari duit tambahan..cara yang kitorang guna adalah buat sosial work atau street marketing..hari pertama sosial work ni sangat best weh sebab first time kan..tapi lepas 2,3 kali serius penat..kitorang kena berjalan kaki dari stesen LRT pergi rumah ke rumah weh..Kalau tuan rumah tu orang yang jenis welcome kehadiran kita, terubat la sikit penat kitorang..Kitorang pernah jugak kena halau dari satu flat tu sebab kitorang tak mintak izin untuk buat social work hahah..bukan kena halau je..siap diorang cakap macam anak yatim..time tu rasa macam nak tarik diri je dari join program ni..kutipan yang paling tinggi kitorang pernah dapat RM 400 alhamdulillah heheh..ada hari tak pernah dapat langsung sampai tak lepas nak bayar duit tambang kitorang hahah. Tapi enjoy jugak la heheh..btw social work yang kitorang tawarkan adalah semua kerja rumah macam sapu sampah,gosok baju,cuci kereta and apa2 je..bayaran dia ikut keikhlasan pemberi..
GAMBAR DENGAN DATO ALIF SYUKRI KAT DAMANSARA TAPI AKU TAK DE SEBAB MALU HEHE😅

NI KITORANG OTW KE DAMANSARA GUNA KERETA SEWA PLUS BERIMPIT 


Duit Social Work and Street Marketing tak cukup untuk kitorang tampung belanja event tu..so kitorang buat Haunted House.. Haunted house ni aku suka giler sebab dari situ aku rapat dengan member post aku..2,3 hari jugak la kitorang prepare untuk event tu..dalam tu ada banyak jenis hantu n aku antara salah sorang yang jadi hantu..aku tak tau kenapa aku offer diri nak jadi hantu padahal waktu diorang suh aku masuk dalam tu aku yang paling teruk menjerit..Event ni actually 2 hari and semua orang boleh masuk..cas satu kepala RM 5 je..murah je hehehe.


NIE AKU JADI NENEK KEBAYAN

HANTU2 MAC
NI SEMUA AJK MAC

And akhir kata, aku enjoy je dengan aktiviti yang aku buat masa dekat U tu.. Sebab tu semua macam pengalaman yang paling menarik sepanjang waktu aku study buat masa nie.. Aku tak pernah pun rasa pengalaman macam tu masa sekolah dulu... Kalau diberi peluang InsyaAllah aku nak join lagi aktiviti-aktiviti macam tu ...Hehehehehe😘😘😘😘😘

SEKIAN TERIMA KASIH , SELAMAT BERPUASA PADA MUSIM PKP NIE😅😅😅


Thursday, April 16, 2020

Ma passion 1

Assalamualaikum dan hai.. OK.. Harini aku nk cite sikit pasal aku punya passion.. Memandangkan PKP ni enn aku dh terminat nk baking-baking ni.. Sebelum ni semangat nak baking2 ni ada time nk raya je.. Hahhaha
OK sebenarnya aku dah baking 2 jenis kek dh.. Tapi yg terpikir utk ambil gambar hanya 1 saje.. Memandangkan sekarang musim covid so aku nk share kat korang resepi paling simple, kos rendah yang pasti enak hahahahahah.." Memperkenalkan" kek batik PKP". Aku tau korang tau resepi nak buat ni enn tapi aku nak share jugak sebab aku dh kekeringan idea nk menulis🤣🤣So, marilah kita beroperasi di dapur


Bahan-bahan:
Biskut Marie 1 kampit
Susu pekat 1/2 tin
Butter 1
Milo 1 cawan




Cara-caranya:

1.Panaskan butter sampai cair.. Api jangan kuat sangat.. Sedang 2 je okay

2.Masukkan susu pekat manis 1/2 tin.. Tapi aku kurangkan sikit.. Buh agak2 ikut kemanisan yg korang suka.. Sbb bgi aku milo dh manis, tambah dengan susu pekat lagi la manis.

3. Masukkn milo satu cawan je aku guna okayy.. Gaul bagi sebati ..jangan bagi milo tu berketui2 naa..

4. Lepas tu korang masukkan biskut Marie yang korang dah pecah2 kan tu.. Gaul bagi sebati then dah siap..

5. Korang masukkan bancuhan tu ke dalam loyang tapi before tu buh plastik kat loyang tu untuk elak dia melekat.. Biar kan dia sejuk kejap kat luar then korang masukkan ke dalam peti ais..Dah siap

ni takde topping...plus aku tak berapa kreatif sangat dalam hias2 ni..asal sedap terus ngap

#SELAMAT MENCUBA YAA