Assalamualaikum dan hai korang... Rasa dah lama pulak tak luahkan perasaan dekat blog ni..Haishh rindu terukssss sis hehhehe. Okay harini topik kita matang sikit okay memandangkan umur pon dah semakin tua so isi kena matang sikit.. Harini aku nak kupas topik Common Sense ..memandangkan dekat negara kita sekarang semakin ramai orang tak kesah pasal common sense walaupun benda ni setiap hari jadi dekat kita sama ada sedar atau tak sahaja.. Jadi aku nak buka sikit mata rakyat Malaysia termasuk diri aku sendiri..Korang pernah dengar x pasal Common sense ni??? Apa maksud comman sense tu ekk.. Korang nk tahu??? Mai ceq habaq.. Apa yg aku paham pasal common sense ni adalah benda asas atau simple berkaitan cara kau react terhadap orang sekitar kau.. Maksud react aku tu adalah lebih kepada cara kau hormat orang di sekeliling kau.
Contoh aku yang atas ni macam biasa je kan.. Meh aku cerita pengalaman sebenar yang aku belajar sepanjang jadi student di mana insiden ni berkait rapat dengan Common Sense..Insiden ni juga ada berkait dengan hubungan hidup si asrama. Aku start tinggal dekat asrama sejak aku masuk matrik perak masatu aku umur 18 tahun sampai la sekarang ni.. Sejujurnyakan, dulu aku tak pernah rasa common sense tu penting ..Common Sense tu pon aku tak tau apa tpi bila aku dh start tinggal asrama baru aku paham kenapa la common sense ni sangat penting... And perkara yang paling mahal adalah aku dapat belajar sesuatu dari common sense ni..
![]() |
| Common Sense not gift but punishment |
Ni antara contoh situation yang kait rapat dgn Common sense. Cuba kau bayangkan kau baru je balik dri kelas tambah pulak kelas hari tu sangat la padat.. Kau smpai je pintu bilik kau tenogk kasut bersepah, then masuk dlm bilik rmai org. Masa tu aku rasa sangat tak selesa sebab aku rasa aku yang orang asing dalam bilik tu.. Nak tido tak bole nak solat pon susah sebab bilik tu crowded sangat. Smpai satu tahap tu aku yg keluar dri bilik tu... Aku pernah je tanya pendapat kawan- kawan aku tapi diorang semua suruh aku slow talk dengan roommate aku tapi masalahnya aku fikir nanti mesti salah satu akan awkward. So aku senyap kan je.. Tapi sampai bila nk sabar.. Manusia ni pon ada limit kesabaran dia.
Aku sebenarnya seorang yang tak kesah sangat kalo orang nak melepak dalam bilik aku tapi janganlah selalu dan datang lah waktu yang sesuai.. Mesti korang pikir ala benda biasa la lepak2 tu.. Tpi korang tau kan setiap orang tu ada bnda yang dia selesa ada bnda dia tak selesa.. Memang susah nak paham orang ni tapi kita kan nak hidup aman..Jadi korang kenalah jugak cuba faham orang sekitar korang okay..Semua orang kena cuba bukan sebelah pihak je Aku rasa sampai situ je aku nak bebel pasal commen sense ni..
Konklusinya, Comman Sense ni sangat penting.. Tak kesah la tua ke muda ke semua sama.. Kalo korang nak rasa dihormati, cuba untuk hormati orang lain terlebih dahulu ..sebab hidup ni berputar macam roda...Kau buat baik, akan dibalas baik. Selain tu, if kau cerminkan sesuatu yang ada nilai commen sense ni confirm akan ramai orang yang akan respect kau.. BTW, untuk korang yang tinggal bersama roommate tu pulak, tolonglah jangan bagi diorang jadi tak selesa dengan korang.. Tak seronok duduk sekali tapi salah seorang tak puas hati.. Cuba sebaik mungkin untuk paham sesama sendiri.. Janganlah korang bergaduh..Aku pernah je tgk kawan2 aku yang tak bertegur dengan roomamate diorang.. Sungguh tak seronok hidup dalam keadaan macam tu.. ambil aku punya pengalaman tu sebagai panduan korang okayy..janganlah timbulkan isu yang boleh mendatangkan pergaduhan.. Sekian terima kasih.. Coretan aku ini bukan untuk membuka aib tapi sebagai luahan hati dan sebagai pembuka minda..



Salam Mahiran,
ReplyDeleteNi mcm luah perasaan tak puas hati dgn roommate ni hehe. i think the best way if you could slow talk with her. like u said, she may not even realize yg you tak selesa. no worries about akan jadi awkward dsb. you have to do this kalau tak lagi serabut lagi stress jadinya. about this psoting, i prefer if you could arrange your writing with pics. jgn kumpul semua part writing in one place. nnt org jadi malas nak baca sbb nampak mcm byk sgt nak baca. hope you get what i mean. keep it up!