Assalamualaikum and hai.. Harini aku nak bukak sikit cerita pasal aktiviti yang aku join kat UKM which is SISPA..Mesti korang tak tau kan SISPA tu apa kan? Sebab sebelum bila kawan2 aku tanya "weh sabtu ahad ni jom keluar" aku akan jawab "sorry weh aku ada latihan SISPA". Then diorang akan tanya SISPA tu apa..kenapa macam tak penah dengar and banyak lagi soalan
So untuk dipendekkan cerita, SISPA ni adalah singkatan kepada Siswa Siswi Pertahanan Awam macam palapes dan suksis ahh dan kitorang di bawah UKM. Dekat U lain pun ada jugak SISPA ni tapi maybe nama lain atau diorang guna nama yang sama jugak..Mesti korang terpikir enn kenapa aku join SISPA ni?? Okay, aku join benda ni sebab aku terjumpa poster SISPA by group whatsapp.. Benda yang attract aku join sebab dia bagi stay kolej and 8 kredit hour..Sape je tak nak wehh hahahah..Time tu tak pikir dah samada susah ke senang SISPA ni..Before tu aku ada jugak niat nak join palapes auuu tapi disebabkan sedar diri yang hati ni tak kental so better aku jangan join..
Nak dijadikan cerita,aku pon pergi laa interview SISPA..IV dia tu ada 2 bahagian.. 1 bahagian latihan fizikal 1 lagi temuduga lisan..IV dia tak dak lah teruk sangat bagi aku cuma latihan fizikal tu susah sikit.. Diorang suruh kitorang lari gendong tong besi 2 biji tau , tak pasti pulak berapa KG beratnya tapi sakit juga la bahu time tu..Pestu diorang suruh kitorang naik turun tangga ikut masa diorang tetapkan, lari kawasan padang,kawad n bangkit tubi tu smua..Habis latihan fizikal kitorang kena IV lisan.. Time tu dah pukul 2 tau..Korang paham tak dengan penatnya baru abis tenaga tiba2 kena IV..Time tu dia punya cuak tu Nauzubillah..Tapi, aku syukur gak la aku dapat jugak lepas IV tu..Sebelum masuk bilik IV tu jantung ni macam nak tercabut gak la..Ye la, kita nak IV pasukan kadet kot diorang mesti tegas punya.. Selang seminggu, aku dapat result and alhamdulillah aku terpilih..Time tu orang tu tanya samaada setuju atau tak..Aku tak amik keputusan terburu-buru, aku tanya ayah aku dulu, at first dia macam tak nak bagi sebab ayah aku tau aku ni jenis lembik sikit..Tapi aku dengan yakin pujuk ayah aku yang aku boleh hadap benda ni..So ayah aku bagi lahh and aku pon setuju..
Honestly, tujuan utama aku masuk benda ni sebab nak kolej je dan ada member join jugak..Tambah kolej yang aku stay sekarang ni susah nak stay kolej..so SISPA ni macam tiket aku untuk stay kolej..Jadi, bermulalah aku punya first latihan..Latihan kitorang sepatutnya 5 kali satu sem tapi 5 kali tu tak termasuk latihan tambahan yang lain2 lagi.Latihan kitorang akan start dari pukul 8 pagi sampai la 5 petang..Penat jugak la nak kena hadap 9 jam tu Latihan kitorang buat dekat Pusat Kesatria dalam kolej Keris Mas..and sepatutnya ada hari Sabtu je..Tapi sekarang ni Tuan kitorang buat Sabtu Ahad..So memang tak de chance lah nak study or buat homework sebab balik tu automatik dh penat. Dekat pusat kesatria tu ada Palapes dan Suksis..Sempat la jugak tengok diorang punya latihan tu macam mana..Bukan nak cakap apa la tapi aku syukur tak join Palapes sebab dia punya latihan memang uji mental dan fizikal..kalau jenis tak kuat tu memang akan koyak la..
Okay back to kitorang punya latihan, selalunya kitorang akan siap pergi Kesat pukul 6..and semestinya kena naik grab sebab bas tak dak time centu..Pukul 8 sampai 10, kitorang akan terus latihan kawad..then 11 - 5 kelas teori..Macam biasa la bila badan penat, kelas teori apa lagi..kelaut la..ngantuk dia masha allah..Time kelas teori tu kalo tak nasib, nama kena petik buat practical based on teori yang diorang ajar HAHA..dan setiap hari ofcoz topik lain2..Antara benda yang kitorang belajar which is pasal kebakaran, ikatan tali untuk keselamatan dan banyak lagi la..Tapi kitorang punya latihan tak dak la macam PALAPES tu..diorang more to ketenteraan so latihan diorang memang jenis uji ketahanan la ..Setakat berendam dlam kolam yang ada katak mati tu piece of cake je bagi diorang..Kalau aku idok lee..Boleh nangis aku kat situ..
![]() |
| ni tempat paling cetek dan semestinya aku duduk dekat paling hujung tu |
gambar makan ramai2..time ni tuan belanja makan nasi ayam heheh
gambar SISPA kompeni 9..tapi ramai tak mai especially abah😔
Sebelum habis sem 1, kitorang kena attend latihan medan pulak..Latihan tu buat dekat Batu Kikir, Negeri Sembilan..dan kitorang dibagi group sepanjang latihan tu and kena settlekan setiap checkpoint..Aku ingat dah tak jumpa dah latihan renang2 ni..tapi tidak, jumpa lagii yee..siap kena naik kayak lagi..so nak buat macamana eenn..redah sajelah..tpi nasib baik dia bagi safety jacket kalo tak habis aku..Macam biasa la sebelum terjun tu mesti ada drama yang aku buat enn..Tapi tak la malu snagat sebab ada member jugak yang macam aku ..tak delah malu sangat..masa berenang tu, confirm aku dengan kawan aku la yang tuan tu jaga..yang lain semua pakat berenang sendiri..Time berenang tu kena marah dah lali dah hhahaaha..Bukan tu je,ada jugak check point di mana kitorang kena padam kebakaran.. Aku kalo bole nak elak nama kena petik tapikan apakan daya..Dia suruh sorang2 pi padam api..check point tu tak lah nervous macam berenang tapi takut lah jugak..sebab if kita salah kendali kebakaran tu bole effect kita sendiri .Sebab sebelum ni ada kes student cuba padam kan api tapi dia termakan diri sendiri sampai student tu meninggal kalo tak silap tuan cerita macam tu..Sebelum pergi dari check point tu,tuan bagi hadiah which is dia calit muka kitorang guna arang..time tu enjoy gile heheheh..Ada juga check point kena kawad, QA tentang sispa, luka dan balutan dan ikatan..Banyak juga ilmu dapat time tu walaupun selama ni dalam kelas aku asyik terlena jaa..Time makan pulak kitorang kena tunggu semua orang makan sama2 then kena jerit kuat2.." jemput makan tuan,jemput makan encik.jemput makan kawan2"..comel gila time tu heheh
muka kena conteng hehe..
Kitorang stay dekat sana dalam 2 hari 3 malam..Sebelum abis latihan tu, kitorang kena kawad tengah panas untuk Majlis Penutupan Latihan Medan..Tahan panas tu dalam 2 3 jam jugak la..time tu ramai jugak la yang pesan..Syukur la aku tak pengsan..Kalo aku pengsan jugak tak tau la sape larat nak angkat aku..hahahha..Lepas dah settle penyampaian hadiah kitorang pon berangkat dari batu kikir dalam pukul 3 macamtu..Dan kitorang sampai di UKM pukul 7 lebih.haa lupa nak bagitahu dalam SISPA ni kitorang jugak campur dengan student UKM cawangan Kuala Lumpur which is KTSN dan TTDI..Diorang alhamdulillah baik je..Student TTDI tu pulak kebanyakan daripada pekerja2 MA yang sambung degree kat UKM..Diorang ni kebanyakan dah kawin and diorang sangat protective ..sampai ada sorang tu kitorang panggil dia Abah..So nak dipendekkan cerita kitorang ni dah macam family dah walaupun jarang jumpa
Kesimpulannya, walaupun at first aku ni masuk sebab nak kolej tapi bila lama2 tu best la jugak..Cuma tu lah kena pandai bahagikan masa je antara study dan latihan ..nasib baik aku bukan majlis tertinggi..kalo tak lagi la busy..apa2 pun nasihat aku adalah just be happy dengan semua benda yang kau buat..dan paling penting ikhlas..Okay tu je untuk post kalini..semoga sihat selalu n sentiasa di bawah lindungan ALLAH..elakkan mass gathering ye kawan2..Assalamualaikum





astaghfirullah. dia tendang awak masuk dlm kolam? ganas betul. kalau saya saya dh marah balik org yg tendang tu hahaha. jk. but ok la kan skrg ni, jadi suka pulak. good job Mahiran. i know it is not easy but u made it. so congrats!
ReplyDelete